Friday, November 20, 2015

Sekuel vs Prekuel

Baiklah, agak lama juga ya aku menyepi. Bukan apa, ada hal-hal yang nak diselesaikan yang mana sudah lama tertangguh. Aku sedang menyiapkan sekuel Pergi Mati yang akan release tak lama lagi. Insyaallah, kalau tak ada apa-apa yang menghalang. Eh, kejap! Aku sebut pasal sekuel. Korang tahu tak apa itu sekuel?


Itulah yang kita akan cerita pada hari ini,

Sekuel - sekuel ialah naratif literature sama ada tv, filem mahupun karya buku yang menyambung kisah sebelumnya dan mengembangkan hasil kerja karya sastera yang pertama. Sekuel selalunya memaparkan kisah yang berlaku dalam universe yang sama dengan karya sastera pertama dan menyambung cerita dan juga berbekalkan baki cerita yang tertinggal dan juga watak yang ada.

Dalam kebanyakan kes (merujuk kepada novel), sekuel selalunya menyambung elemen asal dari buku pertama. Sekuel boleh menjadi sebuah siri yang panjang dan juga sebuah trilogi maupun dwilogi. 

Sekuel dibina apabila buku pertama mendapat sambutan dan pembaca mahukan lebih lagi dari sebuah buku yang ada. Membuat sekuel bukannya mudah. Jika karya pertama sudah cukup kuat dan menarik perhatian, penulis perlu pastikan sekuel melebihi garis kehebatan buku yang pertama atau berdepan dengan kekecewaan daripada pembaca setia.

Prekuel - Prekuel ialah cerita yang berlaku sebelum buku yang pertama. Buku yang pertama wujud dahulu dan kemudiannya, penulis mahu membina sebuah cerita yang berlaku sebelum buku pertama. Sebuah prekuel ialah sebuah cerita berkesinambungan penting untuk membesarkan dunia cerita yang dibina dan juga menyelesaikan beberapa konflik yang gagal diselesaikan pada buku pertama atau juga sekuelnya.

Sebuah prekuel penting  untuk menjelaskan dengan lebih terperinci bagaimana masalah dalam buku pertama bermula. Malah, prekuel juga lebih berkesan untuk menceritakan asal-usul karakter dan menjadikan sebuah novel itu lebih menarik.


Jadi, apa korang faham daripada entri kali ini? Ce habaq mai kat bawah...

No comments:

Post a Comment