Monday, November 9, 2015

Menulis Plot "Character Driven" vs "Plot Driven"

Sesebuah plot harus dibina untuk menceritakan cerita yang ingin diceritakan. Sebelum ini kita dah kenal pasal binaan plot. 

Soalannya, bagaimana untuk merangka plot? 

Ada pelbagai cara untuk membina plot. Ada yang merangka dengan teknik yang macam-macam. Untuk aku, aku sendiri tidak pernah ada teknik. Apa yang aku tahu, apabila aku mahu menulis, aku ada segenggam idea dan aku taburkan di atas kertas, dan kemudian, idea itu akan berinteraksi membentuk urutan plot. 

Tetapi, asasnya satu, aku selalu memilih cara urutan plot yang berdasarkan situasi (plot driven). Aku cuba untuk menulis plot berdasarkan karakter (character driven), tetapi aku kurang selesa dengannya. 

Plot driven vs character driven?



Plot driven ialah binaan plot yang mana setiap karakter bergerak berdasarkan situasi. Dalam sesebuah cerita yang mengikut plot driven style, karakter akan bergerak / bereaksi dengan persekitaran. Persekitaran itu, segala tindak balas sekeliling, dan juga hukum karma yang ditulis penulis adalah penting dalam menentukan cerita plot driven. Selalunya, plot driven ditulis menggunakan third person narrative. 

Character driven pula ialah binaan plot yang lebih menyelongkar emosi, dan jiwa karakter yang dibina. Penulis akan bercerita tentang satu karakter yang telah dibina dan apakah liku-liku yang harus dihadapi oleh karakter itu untuk mencapai cita-citanya. Hukum karma tidak banyak mempengaruhi cerita tetapi tindakan karakter itu (decision making) yang menjadi perkara terpenting dalam membentuk plot. Selalunya, character driven ditulis menggunakan first person narrative.

Dalam naskah antarabangsa, The Hunger Games boleh dikira sebagai plot driven sebab karakternya bertindakbalas atas setiap kejadian yang berlaku. Setiap kejadian akan menyebabkan karakter bertindakbalas, dan ianya membentuk cerita.

The Confession of Shopaholic pula boleh dikira sebagai character driven. Sebab ianya berkisar tentang emosi dan jiwa karakternya, Becky yang memang shopaholic serta kehidupannya sahaja.

Pergi Mati yang aku tulis pula boleh dikatakan sebagai plot driven apabila karakter banyak memberi reaksi kepada karma yang telah ditulis oleh aku sendiri. 

Kadaver pula, lebih kepada character driven (walaupun ada ‘plot driven’ juga dalam ni) yang mana kita melihat bagaimana karakter yang aku bina cuba untuk merancang bagi melakukan apa yang dia nak lakukan. 

Jika ditanya yang mana paling senang untuk memulakan penulisan, aku akan jawab 'plot driven'. Kenapa?

1. Plot driven lebih mudah kerana karma setiap karakter ada di tangan kita.
2. Setiap kejadian di dunia sebenar lebih mudah diadaptasi ke dalam cerita
3. Menulis secara third person lebih mudah dari first person
4. Twist lebih mudah dibina.

Tapi, bagi penulis yang ingin meluahkan pendapat peribadi, menceritakan emosi dalaman karakter yang asalnya berada di dalam fikiran penulis sahaja, pilihlah character driven. Ianya lebih mudah bagi penulis yang suka menulis diari dan meluahkan perasaan. Jika nak menulis tentang isu semasa dari sudut perspektif sendiri, teknik character driven lebih mudah. Namun, korang kena ingat, satu keburukan character driven ialah, korang hanya mampu menulis dari sudut seorang karakter sahaja. Susah tu (pada akulah).

Tapi janganla korang susah hati dalam memilih plot. Korang tulis sahaja, dan di penghujungnya, korang akan tahu sendiri plot mana yang korang telah gunakan. 

Okeyh, itu sajalah perkongsian hari ini. 

Untuk lebih penjelasan tentang hal ini, moleklah bertandang ke link di bawah: http://www.dorrancepublishing.com/blog/character-driven-v-plot-driven-writing-whats-difference/ 

Bye!

No comments:

Post a Comment