Sunday, November 8, 2015

Plot vs Cerita?

Hi semua, entah kenapa, aku rasa macam nak share sikit tentang ilmu menulis novel. Ilmu-ilmu aku ini mungkin berbeza dengan penulis lain. Tetapi, apa pun, perbezaan itulah yang mempelbagaikan. Mulai hari ini, blog ini akan dijadikan blog untuk aku berkongsi tentang penulisan novel dan juga beberapa perkara yang berkaitan.

Baiklah, kita mulakan dengan soalan yang paling orang akan tanya sebelum menulis.

Apa yang perlu ada untuk menulis sebuah novel?

Pastinya, ceritalah yang paling penting. Tanpa cerita, novel tidak bermakna. Novel ialah sebuah cerita yang ada naratifnya yang tersendiri. Dalam cerita, ada plot. Plot ialah kronologi cerita yang akan bermula dari awal lalu dikembangkan dengan konfliknya dan akan berakhir dengan peleraian. 

Plot ini secara lebih kurang ialah bagaimana susunan cerita itu diceritakan. Plot inilah yang akan menjadikan sesebuah cerita itu boring dan menarik. Korang perlu tahu, menghasilkan cerita memang mudah, tetapi menghasilkan plot memang payah. 

Apa itu plot? 

Plot ialah perkara yang menghubungkan peristiwa-peristiwa dalam sesebuah cerita. Dalam sesebuah novel, kita akan ada dibawa menelusuri plot yang sudah ditulis oleh penulis. Plot ini kalau nak diikutkan, bolehlah dibahagikan kepada lima. 



Dalam rajah di atas, plot akan bermula (permulaan). Plot akan dikembangkan (perkembangan) melalui dua cara, iaitu melalui 'plot -driven' ataupun 'character-driven'.  Kemudian, ianya melalui perumitan sebelum klimaksnya muncul untuk membentuk peleraian kepada keseluruhan cerita. 

Menghasilkan plot yang baik bukanlah senang (aku pun tengah belajar ni!). Penulis harus tahu beberapa perkara, 

1. Tahu apa yang akan diceritakan 
2. Kenal cerita yang ingin ditulis
3. Mengenali jenis plot yang bakal dilakar (plot driven atau character driven)

Jadi, jika korang dah ada cerita, cuba ambil buku, dan jawab beberapa soalan yang diberikan di bawah.

1. Genre apa yang korang nak tulis?
2. Ceritanya bagaimana (huraikan sinopsis ringkas)?
3. Apakah konfliknya? dan apakah juga bakal berlaku di klimaks cerita?

Kemudian, siapkan rangka plot dengan bina segitiga seperti di atas (kalau rajin, buatlah dalam bentuk mindmap)

Jika korang sudah ada semua ini, korang boleh bermula. Tetapi, tunggu dulu, ada cerita, tanpa karakter, cerita takkan dapat bermula. Tunggu post seterusnya untuk aku beritahu bagaimana untuk memilih nama-nama untuk menjadikan cerita korang lebih hot dan juga power.

Bye!

sumber rujukan:
http://sicelikbm.blogspot.my/2011/12/plot.html
http://bmspm.net/aspeksastera.htm

No comments:

Post a Comment