Tuesday, May 10, 2016

Review #pbakl2016 : Winter Di Afrika - Paola Kira Ewusi


Review #pbakl2016 2
Winter Di Afrika - Paola Kira Ewusi
Publisher: Buku Pojok

Penulis menceritakan kisah perjalanannya di Afrika buat kali kedua dengan bahasa yang simple. Santai. Tetapi informatif. Aku baru sedar yang Afrika ni sebenarnya sebuah negara yang miskin tetapi diorang unik. Ada pasar, ada gedung beli belah sebesar kedai runcit, dan juga mesjid. 

Persepsi tentang orang Afrika sebenarnya diubah. Tak semua orang Afrika itu jahat, dan ada sisi lain yang patut dilihat pada mereka ini. 

Kepada kak Paola, semua kisah di dalam ini memang menunjukkan yang cinta itu semuanya berlaku atas pilihan kita. Teringat pasa long distance relationship sendiri yang aku pilih. Ya, setiap hidup manusia ini dibuat atas keinginan sendiri. Oleh itu, consequencenya kita kena hadapi. Cinta tak perlu biasa-biasa. 

Cinta yang luar biasa macam ni buat kita nampak spesel dan unik. Apapun, Winter Di Afrika ialah travelog yang memotivasikan (pada aku) dan informative.

Review #pbakl2016 : Bukan Salah Cikgu - Azmira Amran



Review #pbakl2016 1
Bukan Salah Cikgu - Azmira Amran 
Publisher: Kopi Press

Buku ini bukanlah sebuah buku berat yang bercakap tentang pentingnya nak ubah sistem pendidikan. Malah aku ambil masa sejam lebih sahaja untuk hadam semuanya dan contentnya mudah dihadam. 

Semua pendapat di dalam buku ini menghuraikan Falsafah Pendidikan Negara dan juga kesan PISA kepada FPN. Kau akan dapat tahu bahawa PISA sebenarnya memberikan impak besar kepada sistem pendidikan sekaligus memesongkan murid dari FPN yang sebenar. 

Buku ini juga bercerita tentang sistem pendidikan Finland. Disertai dengan gambar, gaya penceritaan penulis mudah dan santai. 

Aku kurang berpuas hati dengan printing buku. Layoutnya nampak macam 'tergesa-gesa' dan nampak sangat malas. Untunglah isinya boleh dihadam. 

Sesuai untuk ibu bapa yang sering menyalahkan cikgu dan tidak memahami sistem pendidikan. Buku ini tidak mampu mengubah apa-apa dalam sistem pendidikan kita, tapi cukup untuk membuatkan kita sedar yang kita sebenarnya sudah jauh dari sistem pendidikan yang sebenar.

Friday, January 29, 2016

Novel Wattpad : Waris (sekuel Pergi Mati)


Salam semua, atas sebab tertentu, sekuel Pergi Mati akan dipaparkan di wattpad buat masa ini. Setiap bab akan diupload setiap hari Khamis.

Sinopsis:

Laman web Dietolive.com hilang tiba-tiba. Amin yang tertanya-tanya meneruskan kehidupannya seperti biasa. Namun, semuanya tak seperti dulu lagi. Rakan-rakannya sudah tidak bersamanya lagi. 

Sementara itu, dua rakan baik, Lokman dan Raiyan sedang dalam misi luar biasa. Mereka mahu menyelongkar rahsia Kampung Inukaki yang diceritakan dan diviralkan di internet. Apa yang mereka bakal temui bakal mengubah segalanya. Najib, Salina, 

Detektif Halim dan juga Detektif Maria masih dalam genggaman Madam M. Adakah mereka akan selamat. Ikuti sambungan novel Pergi Mati (2014) terbitan Lejen Press ini.

Selamat membaca!

Saturday, December 5, 2015

Q & A: Pergi Mati (Bahagian 1)

1. Kenapa tajuknya PERGI MATI? 
Tajuk asal PERGI MATI ialah DEATH. Sebelum itu, ada juga pilihan tajuk yang datang di kepala seperti SELAMAT DATANG, MAUT, dan juga MAUT, AKU DATANG (macam filem Lisa Surihani n UAI je bunyinya). Tetapi, pihak LEJEN PRESS memilih untuk meletakkan tajuk PERGI MATI sebagai tajuk kepada karya aku ini. 

2. Kenapa ada adegan maksiat seperti minum arak, seks bebas dan buli dalam PERGI MATI? 
Aku mahu paparkan satu realiti masyarakat Melayu yang islamnya hanya pada nama. Jika korang membaca novel ini, korang akan sedar yang novel ini tidak pernah bercakap pasal agama. Setiap karakter dibina dengan kejahatan sendiri dan disebabkan kejahatan itulah mereka 'dihukum' oleh permainan dietolive.com.

3. Adakah PERGI MATI diinspirasikan dari SAW? 
Ya. Aku ialah penggemar SAW. Sudah menonton keseluruhan ceritanya. Aku memilih untuk meminjam konsep penceritaan sahaja. Selebihnya ialah original walaupun ada yang mengaitkan novel ini dengan THE HUNGER GAMES mahupun THE MAZE RUNNER.

Dalam Pergi Mati, aku tidak memilih untuk mendekati KONTROL HISTERIA mahupun PSIKO (novel LEJEN PRESS yang diharamkan). PERGI MATI lebih mementingkan ceritanya dan babak ngeri ialah sebagai 'kelopak' yang menghiasi sekali sekala. Apa yang penting dalam PERGI MATI ialah 'journey' setiap karakter dan kejutan yang ada dalam perjalanan mereka. 

4. NAJIB dalam PERGI MATI merujuk kepada PM?
Wohooo! Tidak sama sekali. Jika kau, yang sedang membaca ini bernama Najib, adakah anda seorang PM? Tidak bukan? Najib boleh jadi sesiapa sahaja.

5. Adakah PERGI MATI ada kesinambungannya? 
Aku tidak merancang untuk adakan sekuel. Sungguh! Menulis sekuel bukannya mudah sebab pembaca mahukan excitement yang sama. Malah, disebabkan ending yang sangat-sangat membuatkan orang stress dan permintaan untuk sekuel, maka aku dalam proses membikin sekuelnya. Jadi, nantikanlah.


Friday, November 20, 2015

Sekuel vs Prekuel

Baiklah, agak lama juga ya aku menyepi. Bukan apa, ada hal-hal yang nak diselesaikan yang mana sudah lama tertangguh. Aku sedang menyiapkan sekuel Pergi Mati yang akan release tak lama lagi. Insyaallah, kalau tak ada apa-apa yang menghalang. Eh, kejap! Aku sebut pasal sekuel. Korang tahu tak apa itu sekuel?


Itulah yang kita akan cerita pada hari ini,

Sekuel - sekuel ialah naratif literature sama ada tv, filem mahupun karya buku yang menyambung kisah sebelumnya dan mengembangkan hasil kerja karya sastera yang pertama. Sekuel selalunya memaparkan kisah yang berlaku dalam universe yang sama dengan karya sastera pertama dan menyambung cerita dan juga berbekalkan baki cerita yang tertinggal dan juga watak yang ada.

Dalam kebanyakan kes (merujuk kepada novel), sekuel selalunya menyambung elemen asal dari buku pertama. Sekuel boleh menjadi sebuah siri yang panjang dan juga sebuah trilogi maupun dwilogi. 

Sekuel dibina apabila buku pertama mendapat sambutan dan pembaca mahukan lebih lagi dari sebuah buku yang ada. Membuat sekuel bukannya mudah. Jika karya pertama sudah cukup kuat dan menarik perhatian, penulis perlu pastikan sekuel melebihi garis kehebatan buku yang pertama atau berdepan dengan kekecewaan daripada pembaca setia.

Prekuel - Prekuel ialah cerita yang berlaku sebelum buku yang pertama. Buku yang pertama wujud dahulu dan kemudiannya, penulis mahu membina sebuah cerita yang berlaku sebelum buku pertama. Sebuah prekuel ialah sebuah cerita berkesinambungan penting untuk membesarkan dunia cerita yang dibina dan juga menyelesaikan beberapa konflik yang gagal diselesaikan pada buku pertama atau juga sekuelnya.

Sebuah prekuel penting  untuk menjelaskan dengan lebih terperinci bagaimana masalah dalam buku pertama bermula. Malah, prekuel juga lebih berkesan untuk menceritakan asal-usul karakter dan menjadikan sebuah novel itu lebih menarik.


Jadi, apa korang faham daripada entri kali ini? Ce habaq mai kat bawah...

Monday, November 9, 2015

Menulis Plot "Character Driven" vs "Plot Driven"

Sesebuah plot harus dibina untuk menceritakan cerita yang ingin diceritakan. Sebelum ini kita dah kenal pasal binaan plot. 

Soalannya, bagaimana untuk merangka plot? 

Ada pelbagai cara untuk membina plot. Ada yang merangka dengan teknik yang macam-macam. Untuk aku, aku sendiri tidak pernah ada teknik. Apa yang aku tahu, apabila aku mahu menulis, aku ada segenggam idea dan aku taburkan di atas kertas, dan kemudian, idea itu akan berinteraksi membentuk urutan plot. 

Tetapi, asasnya satu, aku selalu memilih cara urutan plot yang berdasarkan situasi (plot driven). Aku cuba untuk menulis plot berdasarkan karakter (character driven), tetapi aku kurang selesa dengannya. 

Plot driven vs character driven?



Plot driven ialah binaan plot yang mana setiap karakter bergerak berdasarkan situasi. Dalam sesebuah cerita yang mengikut plot driven style, karakter akan bergerak / bereaksi dengan persekitaran. Persekitaran itu, segala tindak balas sekeliling, dan juga hukum karma yang ditulis penulis adalah penting dalam menentukan cerita plot driven. Selalunya, plot driven ditulis menggunakan third person narrative. 

Character driven pula ialah binaan plot yang lebih menyelongkar emosi, dan jiwa karakter yang dibina. Penulis akan bercerita tentang satu karakter yang telah dibina dan apakah liku-liku yang harus dihadapi oleh karakter itu untuk mencapai cita-citanya. Hukum karma tidak banyak mempengaruhi cerita tetapi tindakan karakter itu (decision making) yang menjadi perkara terpenting dalam membentuk plot. Selalunya, character driven ditulis menggunakan first person narrative.

Dalam naskah antarabangsa, The Hunger Games boleh dikira sebagai plot driven sebab karakternya bertindakbalas atas setiap kejadian yang berlaku. Setiap kejadian akan menyebabkan karakter bertindakbalas, dan ianya membentuk cerita.

The Confession of Shopaholic pula boleh dikira sebagai character driven. Sebab ianya berkisar tentang emosi dan jiwa karakternya, Becky yang memang shopaholic serta kehidupannya sahaja.

Pergi Mati yang aku tulis pula boleh dikatakan sebagai plot driven apabila karakter banyak memberi reaksi kepada karma yang telah ditulis oleh aku sendiri. 

Kadaver pula, lebih kepada character driven (walaupun ada ‘plot driven’ juga dalam ni) yang mana kita melihat bagaimana karakter yang aku bina cuba untuk merancang bagi melakukan apa yang dia nak lakukan. 

Jika ditanya yang mana paling senang untuk memulakan penulisan, aku akan jawab 'plot driven'. Kenapa?

1. Plot driven lebih mudah kerana karma setiap karakter ada di tangan kita.
2. Setiap kejadian di dunia sebenar lebih mudah diadaptasi ke dalam cerita
3. Menulis secara third person lebih mudah dari first person
4. Twist lebih mudah dibina.

Tapi, bagi penulis yang ingin meluahkan pendapat peribadi, menceritakan emosi dalaman karakter yang asalnya berada di dalam fikiran penulis sahaja, pilihlah character driven. Ianya lebih mudah bagi penulis yang suka menulis diari dan meluahkan perasaan. Jika nak menulis tentang isu semasa dari sudut perspektif sendiri, teknik character driven lebih mudah. Namun, korang kena ingat, satu keburukan character driven ialah, korang hanya mampu menulis dari sudut seorang karakter sahaja. Susah tu (pada akulah).

Tapi janganla korang susah hati dalam memilih plot. Korang tulis sahaja, dan di penghujungnya, korang akan tahu sendiri plot mana yang korang telah gunakan. 

Okeyh, itu sajalah perkongsian hari ini. 

Untuk lebih penjelasan tentang hal ini, moleklah bertandang ke link di bawah: http://www.dorrancepublishing.com/blog/character-driven-v-plot-driven-writing-whats-difference/ 

Bye!

Sunday, November 8, 2015

Plot vs Cerita?

Hi semua, entah kenapa, aku rasa macam nak share sikit tentang ilmu menulis novel. Ilmu-ilmu aku ini mungkin berbeza dengan penulis lain. Tetapi, apa pun, perbezaan itulah yang mempelbagaikan. Mulai hari ini, blog ini akan dijadikan blog untuk aku berkongsi tentang penulisan novel dan juga beberapa perkara yang berkaitan.

Baiklah, kita mulakan dengan soalan yang paling orang akan tanya sebelum menulis.

Apa yang perlu ada untuk menulis sebuah novel?

Pastinya, ceritalah yang paling penting. Tanpa cerita, novel tidak bermakna. Novel ialah sebuah cerita yang ada naratifnya yang tersendiri. Dalam cerita, ada plot. Plot ialah kronologi cerita yang akan bermula dari awal lalu dikembangkan dengan konfliknya dan akan berakhir dengan peleraian. 

Plot ini secara lebih kurang ialah bagaimana susunan cerita itu diceritakan. Plot inilah yang akan menjadikan sesebuah cerita itu boring dan menarik. Korang perlu tahu, menghasilkan cerita memang mudah, tetapi menghasilkan plot memang payah. 

Apa itu plot? 

Plot ialah perkara yang menghubungkan peristiwa-peristiwa dalam sesebuah cerita. Dalam sesebuah novel, kita akan ada dibawa menelusuri plot yang sudah ditulis oleh penulis. Plot ini kalau nak diikutkan, bolehlah dibahagikan kepada lima. 



Dalam rajah di atas, plot akan bermula (permulaan). Plot akan dikembangkan (perkembangan) melalui dua cara, iaitu melalui 'plot -driven' ataupun 'character-driven'.  Kemudian, ianya melalui perumitan sebelum klimaksnya muncul untuk membentuk peleraian kepada keseluruhan cerita. 

Menghasilkan plot yang baik bukanlah senang (aku pun tengah belajar ni!). Penulis harus tahu beberapa perkara, 

1. Tahu apa yang akan diceritakan 
2. Kenal cerita yang ingin ditulis
3. Mengenali jenis plot yang bakal dilakar (plot driven atau character driven)

Jadi, jika korang dah ada cerita, cuba ambil buku, dan jawab beberapa soalan yang diberikan di bawah.

1. Genre apa yang korang nak tulis?
2. Ceritanya bagaimana (huraikan sinopsis ringkas)?
3. Apakah konfliknya? dan apakah juga bakal berlaku di klimaks cerita?

Kemudian, siapkan rangka plot dengan bina segitiga seperti di atas (kalau rajin, buatlah dalam bentuk mindmap)

Jika korang sudah ada semua ini, korang boleh bermula. Tetapi, tunggu dulu, ada cerita, tanpa karakter, cerita takkan dapat bermula. Tunggu post seterusnya untuk aku beritahu bagaimana untuk memilih nama-nama untuk menjadikan cerita korang lebih hot dan juga power.

Bye!

sumber rujukan:
http://sicelikbm.blogspot.my/2011/12/plot.html
http://bmspm.net/aspeksastera.htm