Saturday, December 5, 2015

Q & A: Pergi Mati (Bahagian 1)

1. Kenapa tajuknya PERGI MATI? 
Tajuk asal PERGI MATI ialah DEATH. Sebelum itu, ada juga pilihan tajuk yang datang di kepala seperti SELAMAT DATANG, MAUT, dan juga MAUT, AKU DATANG (macam filem Lisa Surihani n UAI je bunyinya). Tetapi, pihak LEJEN PRESS memilih untuk meletakkan tajuk PERGI MATI sebagai tajuk kepada karya aku ini. 

2. Kenapa ada adegan maksiat seperti minum arak, seks bebas dan buli dalam PERGI MATI? 
Aku mahu paparkan satu realiti masyarakat Melayu yang islamnya hanya pada nama. Jika korang membaca novel ini, korang akan sedar yang novel ini tidak pernah bercakap pasal agama. Setiap karakter dibina dengan kejahatan sendiri dan disebabkan kejahatan itulah mereka 'dihukum' oleh permainan dietolive.com.

3. Adakah PERGI MATI diinspirasikan dari SAW? 
Ya. Aku ialah penggemar SAW. Sudah menonton keseluruhan ceritanya. Aku memilih untuk meminjam konsep penceritaan sahaja. Selebihnya ialah original walaupun ada yang mengaitkan novel ini dengan THE HUNGER GAMES mahupun THE MAZE RUNNER.

Dalam Pergi Mati, aku tidak memilih untuk mendekati KONTROL HISTERIA mahupun PSIKO (novel LEJEN PRESS yang diharamkan). PERGI MATI lebih mementingkan ceritanya dan babak ngeri ialah sebagai 'kelopak' yang menghiasi sekali sekala. Apa yang penting dalam PERGI MATI ialah 'journey' setiap karakter dan kejutan yang ada dalam perjalanan mereka. 

4. NAJIB dalam PERGI MATI merujuk kepada PM?
Wohooo! Tidak sama sekali. Jika kau, yang sedang membaca ini bernama Najib, adakah anda seorang PM? Tidak bukan? Najib boleh jadi sesiapa sahaja.

5. Adakah PERGI MATI ada kesinambungannya? 
Aku tidak merancang untuk adakan sekuel. Sungguh! Menulis sekuel bukannya mudah sebab pembaca mahukan excitement yang sama. Malah, disebabkan ending yang sangat-sangat membuatkan orang stress dan permintaan untuk sekuel, maka aku dalam proses membikin sekuelnya. Jadi, nantikanlah.